KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Projek Jana Wibawa, atau Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa, diperkenal ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan objektif mempercepat pelaksanaan projek dan meningkatkan ekonomi negara semasa pandemik COVID-19.
Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan Datin Rosni Mohd Yusoff, 52, berkata demikian selepas disoal peguam Amer Hamzah Arshad pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Amer Hamzah: Adakah kamu setuju terdapat cadangan daripada Menteri Kewangan ketika itu (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) kepada mantan Perdana Menteri (Muhyiddin) untuk melaksanakan program Jana Wibawa dan mantan Perdana Menteri ada meminitkan perkara itu pada 3 Ogos 2020 berhubung persetujuan beliau untuk mempertimbangkan program Jana Wibawa?
Rosni: Ya, setuju.
Amer Hamzah: Susulan cadangan tersebut, program Jana Wibawa kemudian dibawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.
Rosni: Setuju.
Saksi pendakwaan ketiga itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Jemaah Menteri telah mempertimbang cadangan daripada Menteri Kewangan dan mengesah serta memutuskan untuk meneruskan program berkenaan pada 13 Nov 2020.
Rosni, yang kini bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Strategi Badan Berkanun, turut bersetuju dengan cadangan Amer Hamzah bahawa Jana Wibawa hanya boleh dilaksana apabila Jemaah Menteri memberi persetujuan.
Beliau berkata terdapat dua cara untuk melaksanakan program Jana Wibawa iaitu menerusi rundingan terus dan tender terbuka prakelayakan.
Pada prosiding sebelum ini, Rosni berkata Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa adalah melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang bernilai RM232 juta.
Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya, WSA Advisory Group Sdn Bhd, daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022.
Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara selain memindahkannya ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini antara 12 Ogos dan 13 Nov 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Wan Saifu didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan
Suami isteri yang juga ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meningggal dunia akibat dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai Disember lalu diberkas pada Jumaat.
Ahmad Zahid bertemu Penasihat Negara China Wang Xiaohong
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat meneruskan misi bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong.
Allahyarham suami yang baik, anak yang taat - isteri
Isteri Mohd Zahir Ismail, jemaah haji Malaysia kedua yang meninggal dunia di Masjidilharam semasa mengerjakan umrah pada Rabu akan sentiasa mengenang suaminya itu sebagai seorang yang sangat suka bergurau selain ringan tulang membantunya sebagai isteri di rumah.
Bruno dan Benny berpeluang rasa pengalaman salji buatan
Sempena sambutan perayaan Gawai Petronas Sarawak melalui Program 50 Dreams telah menjadikan impian dua beradik Bidayuh Bruno dan Benny untuk merasakan pengalaman salji satu kenyataan.
Dunia perlu terus suarakan isu Palestin, jangan biar ia lenyap
Hak Palestin perlu terus disuarakan namun kesannya mungkin tidak nampak sekarang tapi suatu masa nanti akan tertegak juga keadilan buat rakyat Palestin.
Presiden Filipina kecam tindakan haram di Laut China Selatan
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, kecam tindakan haram dan agresif di Laut China Selatan, semasa pembukaan Dialog Shangri-La di Singapura.
WFP: Penduduk Gaza tanggung akibat krisis politik
WFP dedahkan penduduk Gaza hidup dalam kesesakan melampaui krisis kesihatan, dengan risiko tinggi cirit-birit pada kanak-kanak dan kekurangan tandas yang wajar.
Kesemua ahli pasukan MERCY berjaya dibawa keluar dari Gaza
Kesemua ahli pasukan perubatan kecemasan Malaysia Mercy telah berjaya dibawa keluar dari Rafah, Gaza.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka dibawa keluar secara berkelompok bersama kakitangan antarabangsa lain pada hari yang berbeza.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka dibawa keluar secara berkelompok bersama kakitangan antarabangsa lain pada hari yang berbeza.
WHO desak Israel patuhi undang-undang antarabangsa untuk penghantaran bantuan
WHO menggesa Israel mematuhi undang-undang antarabangsa mengenai laluan selamat bantuan, berikutan amaran kebuluran kanak-kanak di Gaza akibat kekurangan makanan.
[TERKINI] Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Jumaat menyeru Hamas untuk bersetuju dengan tawaran baharu daripada Israel untuk pembebasan tebusan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata Gaza.
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.
GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat
Malaysia optimis kerjasama dengan WHO melalui GPW14 akan membentuk masa depan kesihatan global.
‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.